Ya Allah...
Sesungguhnya hanye mereka yang aku sayangi dan cintai..
Iaitu Ibu dan Abahku...
Aku memohon....
Rendahkanlah suaraku ini bagi mereka
Perindahkanlah ucapanku ini di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkanlah hatiku ini untuk mereka
Ya Allah,
Panjangkanlah umur mereka
Berikan ketabahan hati dan kekuatan hati pd mereka
Semoge mereka tidak putus asa dalam menjagaku
Tempatkan mereka dalam Syurga FirdausMu
Ya Allah,
Berikanlah mereka balasan yang sebaik-baiknya
Di atas segala didikan yang telah mereka ajarkan padaku
Di atas pahala yang besar atas kasih sayang yang dilimpahkan padaku
Peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku
Lindungilah mereka sebagaimana mereka melindungiku
Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
Apa saja kesusahan yang pernah mereka rasakan
Atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku ini
Maka Ya Rabbi,
Jadikanlah itu semua penyebab susutnya dose-dose mereka
Dan jadikan ia penambah pahala kebaikan mereka dengan perkenanMu Ya Allah
Hanya Engakaulah yang berhak membalas kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda
Ya Allah,
Bila MagfirahMu telah mencapai sebelumku
Izinkanla mereka memberi syafa;at untukku
Namun jika sebaliknye Ya Allah,
Izinkanlah aku memberi syafa'at untuk mereka
Sehinggalah kami semue berkumpul bersama dengan santunanMu di tempat
kediaman yang dinaungi KemuliaanMu, AmpunanMu serta RahmatMu
Sesunguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung
Serta anugerah yang tak berakhir
Dan hanya Engkaulah yang Maha Pengasih diantara semue Pengasih
Sesungguhnya jua
Engakaulah maha Pengampun dan Maha Pemberi
Engaku kabulkanlah doaku ini..
Amin Ya Rabbul Alamin...
Marilah kite kenangkanlah kembali dose-dose kite pada kedue ibu bapa kite
Siapa tahu hidup kite dirundung kestapa kerana kedurhakaan kita pada mereka
Kerana kita menghisap darahnya, tenaganya, airmatanya dan keringatnya
Istighfarlah ....
Ketahuilah,
Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya
Atau kata-katanya sering mengguris hati kedua ibu bapanya
Atau yang jarang memperdulikan dan mendoakan kedue ibubapanya
Percayalah bahawa anak yang derhaka siksanya didahulukan didunia ini
Wahai ibu..Wahai abah..
Ampunkanah dose anakmu ini
Halalkanlah segalenye
Maafkan dose anakmu ini :'(


No comments:
Post a Comment