bau KASTURI dan ZINA

Rasenye mesti ade yang pernah mendengar kisah dan cerite pendek ini , tapi amat bermakna untuk kite hayati....Kisah ini bermula pada zaman dahulu... di mana terdapat seorang pemuda penjual kain yang mencari rezeki dengan menjual kain dari rumah ke rumah.. Pemuda ini mempunyai susuk tubuh yang Tegap dan mempunyai rupa yang sangat Tampan..

Pada suatu malam, sedang die berjalan-jalan ..Seorang wanita telah memanggil dan memintanya untuk masuk ke dalam rumah.. Pemuda itu menyangka wanita tersebut mungkin hendak membeli kain-kain yang dijualnya...Tetapi apabila pemuda itu masuk ke dalam rumah, wanita itu segera menutup dan mengunci pintu tersebut... Itu membuatkan pemuda tersebut sangat terkejut dengan tindakan wanita itu, pemuda itu lalu mengingatkan wanita itu tentang Allah dan Azab-Azab yang pedih yang bakal diterima...

Segalanya hanya sia-sia kerana wanita itu tidak langsung mengendahkannya..Amarah wanita itu semakin bertambah.. Wanita itu menyatakan betapa dia ingin melepaskan rindu dendamnya yang telah lame dia simpan sejak sekian lama terhadap lelaki itu...  Wanita itu lalu berkata kepada pemuda tersebut :
" Jika kamu tidak melakukan apa yang aku perintahkan pada kamu nescaya aku akan menjerit meminta tolong. Aku akan beritahu kepada semua orang bahawa kamu telah menceroboh masuk dan memaksa aku melakukan perkara sumbang bersama kamu...Sudah tentu orang akan lebih mempercayai kata-kata aku berbanding kamu."

Melihat sikap wanita itu yang sudah tekad.. Pemuda itu telah menyuruh wanita itu bersiap-siap dan meminta izin ke tandas dengan alasan mahu mempersiapkan diri.. Apabila masuk saje pemuda itu ke dalam tandas tadi,  tubuh pemuda itu dengan sendirinya menggigil ketakutan dan gementar... Ini kerana pemuda tersebut takut terjatuh dalam lumpur dosa...Ketakutannya itu telah menimbulkan satu jalan keluar dalam fikirannya.....

Pemuda itu pun membuang air besar lalu mengambil najis tersebut dan melumur najis tersebut di seluruh tubuhnya.. Sambil menangis die berkate :
" Daripada aku terjerumus dengan najis dosa dan kemurkaan Allah, lebih baik aku lumurkan diri aku dengan najis  dunia yang busuk ni." 
Setelah selesai melumurkan najis tersebut, pemuda itu lalu keluar dari tandas tersebut dan mendapati wanita itu sedang menunggunya... Pemuda itu melihat sendiri betapa terkejutnya wanita itu dan betapa jijiknya wanita itu memandang dirinya..Wanita itu menjerit marah dan menyuruh pemuda itu keluar dari rumahnya dengan segera..... Pemuda tersebut segera keluar dari rumah tersebut..
Pemude itu mengucap syukur kerana akhirnya die terlepas daripada dugaan yang amat berat.. Dalam perjalanan pulang ke rumahnya, terdengar pula dia suara azan sedang berkumandang..Pemuda tersebut segera pulang ke rumah dan membersihkan dirinya. Dan dengan perasaan malu dengan bauan yang tidak enak pada tubuh tadi, dia terus melangkahkan kakinya menuju ke masjid untuk menunaikan solat berjemaah....

Setelah pemuda itu selesai solat, pemuda itu menjadi panik kerana semua mata para jemaah solat tadi tertumpu ke arah dirinya.. Dalam keadaan tersipu-sipu, pemuda tadi memohon maaf kerana die menyangka sisa bauan najis pada tubuhnya tadi telah menyebabkan para jemaah tidak selesa menunaikan solat sebentar tadi....Apabila si pemuda tadi hendak beredar dari situ, jemaah masjid menggerumuninya dan bertanya kepadanya dair mana dia mendapat bauan yang sangat wangi itu.. Semua jemaah masjid tadi dapat mencium bau ksturi yang semerbak harumannya... 
Dikatekan bahawa bau itu kekal pada diri pemuda itu sehingga akhir ajalnya...Pemuda itu dikenali sebagai Abu Bakar 'Al- Miski' yang bermaksud Pemuda Kasturi...


Lihatlah kekuasaan Allah SWT... Sedangkan di dunia juga Allah telah memberi balasan kepada manusia sameade baik ataupun tidak...Ingatlah, apabila seseorang melakukan Zina ia terjerumus dalam najis dosa yang amat jijik di Sisi Allah..Tetapi jika hatimu itu tergerak melakukan Zina, ia sudahpun terpalit secalit noda walaupun kamu tidak melakukannya .. Dan itulah Zina Hati namenye...
Semuanya terletak kepada kita....

Tiada yang terlepas dari Ujian Allah

Allah mencipta manusia sebagai antare perhiasan dalam dunia bersebab..... Dan Allah jadikan hamba2nya dalam perbagai Ragam juga bersebab... Tahukah kita , di dalam dunia ciptaan Allah ini kite sememangnye akan diuji dengan pelbagai jenis ujian....Firman Allah SWT :
"Patutkah Manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata " KAMI BERIMAN", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu ujian itu). Dan demi sesungguhnya! Kami telah pun menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang sedemikian, nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya BERIMAN, dan nyata pula apa yang diketahuinya tentang orang-orang yang BERDUSTA.  ~ Al - An'kabuut 2,3 ~

Tahukah kamu bahawa ada insan yang diuji dengan Kesusahan , Kemiskinan ketika mereka hidup.. 
Ada insan yang diuji dengan Kesakitan , dihidapi dengan pelbagai Penyakit ketika mereka hidup...
Ada pula insan yang diuji dengan Kekayaan, Kesenangan ketika mereka hidup...
Ada pula insan yang diuji dengan Kegagalan, Muflis ketika mereka hidup...
Ada juga insan yang diuji dengan kenaikan Pangkat, Kedudukan ketika mereka hidup..
Ada juga insan yang diuji dengan Kecantikan, Rupa Paras ketika mereka hidup..
Ada insan yang juga diuji dengan Kecacatan, Lumpuh ketika mereka hidup..

Semuenye adelah ujian Allah kepada kita, hambanya di dunia ini..Kite semua pasti diuji walau dengan ape care sekalipon oleh Allah...Tahukah dan ketahuilah..
Apabila kite melihat seseorang yang Kaya, Bergaji Besar..Ketahuilah sebenarnye mereka itu sedang diuji..
Apabila kite melihat seseorang yang Berpangkat , Berkedudukan Tinggi..Ketahuilah sebenarnye mereka sedang diuji...
Apabila kite melihat seseorang yang Cantik, jelita, Tampan, Bergaya..Ketahuilah sebenarnye mereka sedang diuji...
Ketahuilah juga oleh kite bahawa
Apabila kite melihat seseorang yang Alim, Hebat , Banyak Ilmu .. Ketahuilah sebenarnye mereka itu sedang diuji...
Apabila kite melihat seseorang yang Sedih, Gagal, Ditimpa Bencana...Ketahuilah sebenarnye mereka itu sedang diuji..
Apabila kite melihat seseorang yang sedang Sakit, Susah.. Ketahuilah sebenarnye mereka itu sedang diuji...
Apabila kite melihat seseorang yang Cacat, Lumpuh, Tidak berdaya... Ketahuilah oleh kite bahawa sebenarnye mereka itu sedang diuji...

Itu semua adelah ujian yang Allah berikan tanpe kite sedari.... Tapi kadangkala manusia itu lupa dan alpa dengan kenikmatan duniawi.. Ketahuilah , bahawa
Kite Kaya, Bergaji Besar..Itu merupakan Ujian kita...
Kite Berpangkat, Berkedudukan Tinggi.. Itu merupakan Ujian kita...
Kite Cantik, Jelita, Tampan, Bergaya, Hodoh atau sebaliknya... Itu merupakan Ujian kita...
Kite Alim, Hebat, Banyak Ilmu... Itu merupakan Ujian kita..
Kite Sedih, Gagal, Ditimpa Bencana.. Itu merupakan Ujian kita..
Kite Sakit, Susah, Senang , Sihat.. Itu merupakan Ujian Kita...
Kite Cacat , Lumpuh, Tidak Sempurna Sifat... itu juga merupakan Ujian yang Allah beri kepada kita..

Lihatlah teman, pelbagai ujian telah Allah beri dan tiada insan pun yang terlepas dari Ujian Allah ini....Mudahan kita sebagai Hamba yang diuji , sentiaselah bersemangat dan menerima Ujian yang Allah berikan kepada kita...Janganla sesekali kita menyerah dan berputus asa...Kerana setiap Ujian yang Allah beri tu sebenarnye Ade Hikmah yang tersembunyi yang tidak kita ketahui.. Cube kite renungi Ayat ini :
" Dan Dialah Allah (Yang disembah) , baik di langit mahupun di bumi. Dia mengetahui apa yang kamu Rahsiakan dan apa yang kamu Lahirkan dan mengetahui (pula) apa yang kamu Usahakan. ~ Al-An'aam~



OLAHAN : CAHAYA PETUNJUK

3 pemuda & KEREDHAAN Allah

Mungkin ada yang pernah mendengar kisah ini,dan mungkin juga ade yang belom pernah mendengar..marilah same2 kite cube hayati kisah ini dan mencari pengajaran yang berguna untuk kita..Insyaallah dengan izinNya...



Cerita ini berkisah dari Hadis riwayat Abdullah bin Umar ra.:
Dari Rasulullah saw, beliau bersabda: Ketika 3 orang pemuda sedang berjalan, tiba-tiba turunlah hujan lalu mereka pun berlindung di dalam sebuah gua yang terdapat di perut gunung... Sekonyong-konyong jatuhlah sebuah batu besar dari atas gunung menutupi mulut gua yang akhirnya mengurung mereka... Kemudian sebagian mereka berkata kepada sebagian yang lain: Ingatlah amal soleh yang pernah kamu lakukan untuk Allah, lalu mohonlah kepada Allah dengan amal tersebut agar Allah berkenan menggeser batu besar itu.....

Salah seorang dari mereka berdoa:
Ya Allah, sesungguhnya dahulu aku mempunyai kedua orang tua yang telah lanjut usia, seorang isteri dan beberapa orang anak yang masih kecil di mana akulah yang memelihara mereka... Setelah aku mengandangkan haiwan-haiwan ternakku, aku segera memerah susunya dan memulai dengan kedua orang tuaku terdahulu untuk aku minumkan sebelum anak-anakku.... Suatu hari aku terlalu jauh mencari kayu bakar sehingga tidak dapat kembali kecuali pada sore hari di saat aku menemui kedua orang tuaku sudah lelap tertidur. ...Aku pun segera memerah susu seperti biasa lalu membawa susu perahan tersebut. ..Aku berdiri di dekat kepala kedua orang tuaku kerana tidak ingin membangunkan keduanya dari tidur namun aku pun tidak ingin meminumkan anak-anakku sebelum mereka berdua padahal mereka menjerit-jerit kelaparan di bawah telapak kakiku. ..Dan begitulah keadaanku bersama mereka sampai terbit fajar... Jika Engkau mengetahui bahwa aku melakukan itu untuk mengharap keredaan-Mu, maka bukalah sedikit celahan untuk kami agar kami dapat melihat langit... Lalu Allah menciptakan sebuah celahan sehingga mereka dapat melihat langit.....

Yang lainnya kemudian berdoa:
Ya Allah, sesungguhnya dahulu aku pernah mempunyai saudara seorang puteri paman yang sangat aku cintai, seperti cintanya seorang lelaki terhadap seorang wanita.... Aku memohon kepadanya untuk menyerahkan dirinya tetapi ia menolak kecuali kalau aku memberikannya 100 dinar. ...Aku pun bersusah payah sampai berhasillah aku mengumpulkan 100 dinar yang segera aku berikan kepadanya.... Ketika aku telah berada di antara kedua kakinya (selangkangan) ia berkata: 

"Wahai hamba Allah, takutlah kepada Allah dan janganlah kamu merenggut keperawanan kecuali dengan pernikahan yang sah terlebih dahulu." Seketika itu aku pun beranjak meninggalkannya... Jika Engkau mengetahui bahawa aku melakukan itu untuk mencari keredaan-Mu, maka ciptakanlah sebuah celahan lagi untuk kami..... Kemudian Allah pun membuat sebuah celahan lagi untuk mereka.

Yang lainnya berdoa:
Ya Allah, sesungguhnya aku pernah mempekerjakan seorang pekerja dengan upah 16 ritel beras (padi).... Ketika ia sudah merampungkan pekerjaannya, ia berkata: Berikanlah upahku! Lalu aku pun menyerahkan upahnya yang sebesar 16 ritel beras namun ia menolaknya. ...Kemudian aku terus menanami padinya itu sehingga aku dapat mengumpulkan beberapa ekor sapi berikut penggembalanya dari hasil padinya itu... 1 hari dia datang lagi kepadaku dan berkata: 

"Takutlah kepada Allah dan janganlah kamu menzalimi hakku!" Aku pun menjawab: Hampirilah sapi-sapi itu berikut penggembalanya lalu ambillah semuanya! Dia berkata: 
"Takutlah kepada Allah dan janganlah kamu mengolok-olokku!"  Aku pun berkata lagi kepadanya: Sesungguhnya aku tidak mengolok-olokmu, ambillah sapi-sapi itu berikut penggembalanya! Lalu ia pun mengambilnya dan dibawa pergi.... Jika Engkau mengetahui bahawa aku melakukan itu untuk mengharap keredaan-Mu, maka bukakanlah untuk kami sedikit celahan lagi yang tersisa. Akhirnya Allah membukakan celahan yang tersisa itu....
Dan akhirnya 3 pemuda tadi berjaya keluar dari gua tersebut di atas Keredaan Allah...


Jadi, bukankah kisah di atas memberi kita ilmu untuk kita hayati...iaitu Keredhaan Allah sangat perlu dalam kehidupan seharian kita.. Carilah Keredhaan Allah itu wahai sahabat2ku.... 
Segalanya terpulang kepada kita, ketahuilah.. Allah sentiasa ada dan sentiasa menyaksikan apa yang sedang kita lakukan .. Carilah Redha Allah itu.. Subhanallah!

Olahan : CAHAYA PETUNJUK

Keindahan Syurga yang tiada Tandingan

Hari ini, saya ingin berkongsi sedikit tentang info yang pernah saya terpandang dan terbaca.. Pasti kite ketahui wujudnye destinasi terakhir seperti yang telah saya sebut pade entry sebelom ini iaitu Syurga dan Neraka... Kali ini, saya ingin ketengahkan isu Syurga... Allah SWT pernah berfirman, yang bermaksud:
" Berlumba-lumbalah kamu (dengan mengerjakan amal-amal yang baik) untuk mendapat keampunan daripada Tuhanmu serta mendapat syurga seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan rasul-rasulNya.. Itulah anugerah Allah yang diberikan kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan sesungguhnya Allah mempunyai kimpah kurniaan yang besar." ~ Surah al-Hadid 57 :21~

Cube kite renungi maksud Syair daripada Rabiatul Adawiyah ini yang berbunyi : "Sesungguhnya aku beribadat bukan kerana Syurga dan Neraka Mu, tetapi kerana Cinta kepada Mu." Ketaatannya sangatlah mulia di mana dia tidak melaksanakan ketaatannya selain daripada Cintanya kepada Allah yang Esa.. 

Tiada kata Secantik Keindahan Syurga MilikNya.. Subhanallah!! Saya mahupun sesiapapun tidak mampu memilih ayat mahupun perkataan yang sesuai bagi menggambarkan keadaan Syurga..  Subhanallah!! Saya pasti kadangkala ade juga yang memikirkan keindahan Syurga , tetapi Baginda pernah menegaskan bahawa apa yag kita fikirkan tentang Syurga walau sebaik mana pun gambaran itu terbayang mahupun terpahat di fikiran, ia bukanlah Syurga! Lihatlah betapa indahnya syurga itu sehingga tiada satu gambaran pun dapat menyentuh walau hanya bayangan Syurga itu.. Subhanallah!! Maha Suci Allah...

Saya pernah mendengar Ceramah agama tentang syurga, dan Penceramah tersebut ade menyatakan  seorang ulama pernah berkata : " Syurga ialah 1 tempat iaitu taman-tamanya terdapat sungai-sungai yang mengalir di bawahnya. Istananya tersusun daripada batu bata emas dan perak. Tanahnya adelah kesturi yang terbaik, kerikilnya daripada intan permata dan mutiara.  Sebunya adalah Za'faran, kilauannya cahaya yang gemilang, penuh wangian yang semerbak, dihuni oleh hamba-hambaNya yang terpilih di samping pasangannya yang suci dan elok parasnya.Penghuninya menikmati kenikmatan serta dapat menghadap wajah Allah SWT." Subhanallah!! 

Terlalu banyak gambaran tentang Syurga sebenarnya sehinggakan kita sendiri tidak mendengar 1 keburukan pun tentang Syurga.. Subhanallah!! Betapa indahnya Syurga yang dibina oleh Allah untuk hamba-hambanya...Tahukah anda jua bahawa Syurga mempunyai 8 tingkat kesemuanya..


1. Syurga Firdaus
2. Syurga 'Adn
3. Syurga Na'iim
4. Syurga Na'wa
5. Syurga Darussalam
6. Syurga Daarul Muaaqamah
7.Syurga Al- Muqqamul Amin
8. Syurga Khuldi



Jadi, berfikirlah kita sejenak ... Adekah kita mahu mengumpul amal-amal baik dan menetap di Syurga milik Allah SWT atau sebaliknya.. Semuenye terletak pade diri kita sendiri ..Selagi Hari Kiamat belom terjadi, selagi itulah Taubat kite diterima... Subhanallah! Masyaallah!! Betapa Allh mencintai dan menyayangi kita sebagai Hambanya... 

Olahan: CAHAYA PETUNJUK

Bukti Allah SWT amat menyintai kita.

Tahukah kita bahawa Allah amat menyayangi dan mencintai kita..Allah tidak pernah memberi kita sesuatu perkara itu melainkan untuk mnguji kesabara kita.... Allah telahpun menunjukkan beberapa bukti kepada kita bahawa Allah amat menyayangi dan mencintai kita sebagai hambanya ...

1. AGAMA & HIDAYAH
Allah telah menganugerahkan kita Agama sebagai panduan hidup kita di dunia ini... Allah juga telah memberi kita Hidayah agar kita lebih mengingatiNya tanpa lalai dan sentiaselah menginsafi diri...

2. MUSIBAH
Tahukah kita mengapa Allah memberi kita musibah di dunia ini? Musibah itu bukan sahaje untuk kita lalui dan tempuhi, tetapi ini kerana Allah ingin mendengar suara dan rayuan kita seterusnye membuktikan bahawa kita mengingatiNya..

3. NIKMAT
Allah telah memberi kita berbagai jenis nikmat di muka bumi ini... Tahukah kita mengapa Allah hanya memberikan nikmat yang sedikit untuk umat manusia di dunia ini?? Ini kerana Allah akan memberi nikmat yang tidak terhitung di akhirat kelak.. Masyaallah!

4. REDHA
Allah telah memberikan keredhaanNya kepada kita, dan seharusnye kita juga redha dengan segala yang telah diberikannya..

5. Sifat SABAR
Allah telah mengurniakan kepada kita sifat Sabar dalam diri untuk kita menempuh dugaan yang diberi.. Dan ketahuilah bahawa kita telah tergolong dalam golongan orang2 yang yang berjaya memupuk sifat sabar.

6.sifat IKHLAS
Allah telah mengurniakan kepada kita sifat IKHLAS..Sesungguhnya Allah ingin melihat kita Ikhlas kepadaNya.. Ikhlas dalam segalanya..

7. ILHAM
Allah memberi kita Ilham dalm diri kita..Ini kerana seseungguhnya Allah tersangat kasihkan kita sebagai hambaNya dan menunggu ucapan Syukur dan Pujian dari lidah kita ini...

8. SEDIH & DUKA
Allah telah mengurniakan kita Kesedihan Dan Kedukaan dalam kehidupan kita.. Untuk ape?? Sesungguhnya Allah amat Cintakan kita dan ingin melihat keimanan kita menempuh Sedih dan duka itu..


9. HARTA
Allah mengurniakan kita Harta kepada kita di dunia... Untuk ape?? Sesungguhnya harta diberi sebagai bukti Allah amat menyintai kita.. Jadi, janganlah sesekali kita takbur dan bakhil terhadap golongan fakir/golongan yang memerlukannya..


10. keadaan FAKIR
Allah mengurniakan keadaan yang Fakir kepada kita di dunia ini.. Jangan berduka tetapi ketahuilah..Allah Menyintai kita dan telah memberi kita sesuatu yang lebih bernilai daripada Harta Dunia...


11. LIDAH & HATI
Allah mengurniakan kita Lidah dan Hati, ini bukti bahawa Allah menyintai kita dan mengharapkan kita menggunakan keduanya ke arah Kebaikan dan Keikhlasan....Gunakanlah sebaiknya..


12. SOLAT, PUASA, AL-QURAN & BERJAGA MALAM
Allah memberi kita Solat, Puasa, Al-Quran dan Berjaga Malam..Ini kerana Allah tersangat Menyayangi kita dan mengharapkan kita sentiasa Mengamalkannya.. Jadi, janganlah sesekali kita memperendah dan mempermainkannya...


13. ISLAM
Allah mengurniakan Islam kepada kita dan bukan agama lain.. Ini telah menunjukkan bahawa Allah benar2 Menyayangi dan Mencintai kita... Subhanallah!! Janganlah kita berlaku Syirik dan Murtad..

Jadi wahai Sahabat dan Diri, Bukankah Allah telah menunjukkan bahawa Dia sememangnye Menyayangi dan Mencintai kita... Masihkah tidak kite sedari semua ini? Masyaallah... Terdapa banyak lagi bukti2 lain yang dapat kita lihat disekeliling kita... Apa yang pasti, pokok pangkal adelah diri kite sendiri.... Berfikir dan Renungkanlah sejenak ..... Wassalam...


Olahan: CAHAYA PETUNJUK

Check-Point Hidup Manusia

Tahukah semua tentang Check Point hidup kita sebagai Manusia di Muka Bumi Allah ini... Sudah pasti ada yang mengetahui dan ada yang tidak bukan?? Entry kali ini saya ingin Dedahkan Check-Point2 Kitaran Hidup kita sebagai Manusia yang diciptakan oleh Pencipta kita, Allah SWT... .

1. Permulaan Pertama kita adelah di ALAM ROH
Masihkah anda ingat "AKU JANJI" kita dengan sang pencipta kita yaitu Allah SWT.. Di mane Allah telah berfirman yang bermaksud : " Bukankah aku ini Tuhanmu?" , dan dengan yakin kita semua menjawab :" Benar (Engkau Tuhan Kami), kami menjadi saksi." ~ Surah al-A'raf 7 : 172~

2. Permulaan Kedue kite pula adalah di ALAM RAHIM
Rahim ibu adelah tempat yang paling selamat bagi manusia sebenarnye... Nyawa mula ditiupkan oleh Allah semasa bayi masih berada di dalam kandungan ibunya..

3. Permulaan kita sebagai manusia di DUNIA
Kelahiran kita di dunia tidak ubah seperti sebuah "Kenderaan" yang membawa kita, musafir ..Pelbagai permainan dunia telah kite lewati dan harungi...Isilah segenap Musafir ini dengan amalan dan bekal2 yang secukupnya untuk menyelamatkan kita menempuh Check -point yang lebih mencabar ...

4.  Permulaan kita menempuh SAKARATULMAUT
Wahai Manusia , jangan kita sangka apabila kita sudah terpisah nyawa dari jasad, ujian kita telah berakhir.. Silap jika kita bertanggapan begitu.. Ujian dikala SakaratulMaut ( nyawa sedang dipisahkan dari jasad) juga amat mencabar apabila iman dan kufur duji.

5. Permulaan menempuh alam KUBUR
Apabila terpisah sudah nyawa dari jasad.. Kita akan menghadapi kehidupan bersendirian tanpa teman menemani, terasing, sepi dan sunyi... Dan ini merupakan transit sementara menunggunya hari KIAMAT.. Di sini kita bakal diazab oleh Malaikat mengikut kesalahn yang telah kita lakukan di dunia.. Nauzubillah....

6. Permulaan dari TIUPAN SANGKAKALA yg PERTAMA
Tiupan pertama sangkakala akan mematikan semua makhluk ciptaan Allah kecuali Allah dan Malaikat Israfil... Digambarkan saat ini, tiada satu pun yang terselamat dan segalanya diibaratkan Padang Jarak, Padang Terkukur....Subhanallah!!

7. Permulaan dari TIUPAN SANGKAKALA yang KEDUA
Tiupan kedua akan ditiupkan oleh Malaikat Israfil , dan ini akna menghidupkan semula makhluk2 yang telah mati... Jangan sesekali kita sangka bahawa mayat yang telah hancur dimamah bumi dan usia dan tulang- temulang yang bersepah sana sini tidak mampu "dibangkitkan" semula..  Makhluk yang telah mati dari zaman Adam sehinggalah akhir zaman , semuanya akan "dibangkitkan"...

8. Permulaan AL-HASYAR (manusia dikumpulkan) 
Setelah semuanya Bangkit,  maka semua akan dihimpunkan di Padang MAHSYAR... Sepertimana pehimpunan jemaah haji yang kita pernah lihat, begitu jugalaj keadaannya di Padang Mahsyar nanti.. di sini pula, tersedia lagi pecahan-pecahan check-point untuk kita lalui dan rempuh iaitu:
  • SYAFAAT -  Manusia akan memohon syafaat daripada para Nabi , hingga akhirnya hanya Rasul Akhir Zaman sahaja yang mampu memberikan Syafaat itu.. Rasul tersebut ialah Rasul kita, Nabi Muhammad SAW....  bukankah di sini, kita mendapat keistimewaan sebagai umat Akhir Zaman..
  • PENYERAHAN KITA AMALAN - Kiri atau Kanan?? Pastinya ramai yang berdebar menunggu kitab amalan masing-masing... Di sini , kita akan melihat balik apa yang telah kita lakukan semasa kita di dunia ...
  • HISAB - Manusia akan dihisab , di sinilah manusia akan menanggung dan menjawab segala tanggungjawab setiap perbuatan dan aktiviti yang telah dilakukan di dunia.. Segalanya akan ditayangkan kembali ibarat menonton wayang di Panggung Wayang...Bersediakah kita??
  • MIZAN - Proses "Menakar" iman.. Maksudnya di sini segala kebaikan yang telah dilakukan walau hanya sebesar Biji Sawi juga akan ada nilanya menerusi neraca ini.. Begitu juga amalan buruk yang telah kita lakukan.. Inilah kecanggihan Mizan Ciptaan Allah dan tidak akan ada satu pun amalan yang terlepas daripadanya...
  • TELAGA (AL-HAUD) - Telaga Al Haud adalah telaga nabi.. dan Hanya insan yang terpilih dan bertuah sahaja mampu melegakan tekak meneguk air dari Telaga Nabi ini.. Jadi, jadikanlah diri kita ini insan yang terpilih itu..
9. Permulaan menghadapi TITIAN SIRAT
Setelah selesai Check-Point di atas, maka Titian Sirat wajib dilalui oleh semua Makhluk Allah.. Titian ini merupakan titian yang merentangi Neraka Jahanam.. Dan inilah satu-satunya jalan untuk menuju ke Syurga Allah.. Ketebalannya Titi ini diibaratkan lebih Tipis dari Rambut kita dan lebih Tajam daripada Pedang.. Titian Sirat ini lurus, tidak berbengkang-bengkok dan tidak jugak bercabang.. Percayalah, Orang2 KAFIR tidak akan ada satu pun yang berjaya melepasinya...

10. Permulaan untuk DESTINASI yang TERAKHIR..
Disinlah Permulaan dan Pengakhiran Destinasi Hidup Manusia, iaitu sameada di SYURGA atau di NERAKA... 
  • SYURGA - Tiada mata yang pernah melihat keindahannya, tiada telinga yang pernah mendengar butiran perinciannya. tiada kata-kata yang mampu mengungkapkan keindahannya, malah tiada 1 lukisan pun yang mampu mentafsirkan keadaanya...
  • NERAKA - Tiada kata dapat menggambarkan betapa peritnya Api di dalamnya.. Neraka merupakan seburuk-buruk Kediaman.. Apinya menjulang-julang marak , Panasnya jugak tidak mampu disukat.. Dan Bahan Bakar di dalamnye merupakan manusia2 KAFIR...
Inilah Check- Point Hidup Manusia yang harus kita ketahui ... Semuanya kini terletak pada kita sendiri samaada kita mahu DESTINASI terakhir kita di Syurga ataupun di Neraka.. Subhanallah!!

Diolah : CAHAYA PETUNJUK

Assalammualaikum

Diberi name sebagai Cahaya Petunjuk.. Terbuka pintu hati saya untuk menulis blog ini bagi mengingati diri saya sendiri dan juga saudara saudari sesama islam di luar sana...  Mungkin telah banyak blog2 mengenai Islamiah telah wujud , ini sekadar fahaman dan ingatan untuk diri saya sendiri..

Saya ingin perbaiki diri saya dari hari ke hari dari segi pemakaian, tutur kata, tingkah laku dan sebagainya.. Semoga niat saya ini Ikhlas kerana Allah dan Diredhai Allah..Diri ini terlalu daif dan sentiasa memerlukan Bimbingan dan teguran.. Dugaan dan Dugaan datang sentiasa , kadangkala menguji kesabaran hati ini.. Tetapi saya percaya bahawa Allah sentiasa ada untuk hamba2nya...

Dosa lampau membuatkan saya takut jika perubahan diri ini akan dipandang serong oleh kawan2 sekeliling.. Kadang2 saya juga terfikir, salahke seseorang itu ingin berubah ke arah Kebaikan dan ke arah yang diredhai Allah..  Terlalu banyak dose yang telah saya lakukan , masih ada peluang ke untuk saya berubah ?? masih ade peluang ke untuk saya mendampingi Allah... seterusnye membuktikan kepada semua bahawa saya bukanlah seperti dahulu...

Semoga Allah memberi saya kekuatan dan ketabahan hati untuk berubah ke arah yang diredhai-Nya... Amin...