Keindahan Syurga yang tiada Tandingan

Hari ini, saya ingin berkongsi sedikit tentang info yang pernah saya terpandang dan terbaca.. Pasti kite ketahui wujudnye destinasi terakhir seperti yang telah saya sebut pade entry sebelom ini iaitu Syurga dan Neraka... Kali ini, saya ingin ketengahkan isu Syurga... Allah SWT pernah berfirman, yang bermaksud:
" Berlumba-lumbalah kamu (dengan mengerjakan amal-amal yang baik) untuk mendapat keampunan daripada Tuhanmu serta mendapat syurga seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan rasul-rasulNya.. Itulah anugerah Allah yang diberikan kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan sesungguhnya Allah mempunyai kimpah kurniaan yang besar." ~ Surah al-Hadid 57 :21~

Cube kite renungi maksud Syair daripada Rabiatul Adawiyah ini yang berbunyi : "Sesungguhnya aku beribadat bukan kerana Syurga dan Neraka Mu, tetapi kerana Cinta kepada Mu." Ketaatannya sangatlah mulia di mana dia tidak melaksanakan ketaatannya selain daripada Cintanya kepada Allah yang Esa.. 

Tiada kata Secantik Keindahan Syurga MilikNya.. Subhanallah!! Saya mahupun sesiapapun tidak mampu memilih ayat mahupun perkataan yang sesuai bagi menggambarkan keadaan Syurga..  Subhanallah!! Saya pasti kadangkala ade juga yang memikirkan keindahan Syurga , tetapi Baginda pernah menegaskan bahawa apa yag kita fikirkan tentang Syurga walau sebaik mana pun gambaran itu terbayang mahupun terpahat di fikiran, ia bukanlah Syurga! Lihatlah betapa indahnya syurga itu sehingga tiada satu gambaran pun dapat menyentuh walau hanya bayangan Syurga itu.. Subhanallah!! Maha Suci Allah...

Saya pernah mendengar Ceramah agama tentang syurga, dan Penceramah tersebut ade menyatakan  seorang ulama pernah berkata : " Syurga ialah 1 tempat iaitu taman-tamanya terdapat sungai-sungai yang mengalir di bawahnya. Istananya tersusun daripada batu bata emas dan perak. Tanahnya adelah kesturi yang terbaik, kerikilnya daripada intan permata dan mutiara.  Sebunya adalah Za'faran, kilauannya cahaya yang gemilang, penuh wangian yang semerbak, dihuni oleh hamba-hambaNya yang terpilih di samping pasangannya yang suci dan elok parasnya.Penghuninya menikmati kenikmatan serta dapat menghadap wajah Allah SWT." Subhanallah!! 

Terlalu banyak gambaran tentang Syurga sebenarnya sehinggakan kita sendiri tidak mendengar 1 keburukan pun tentang Syurga.. Subhanallah!! Betapa indahnya Syurga yang dibina oleh Allah untuk hamba-hambanya...Tahukah anda jua bahawa Syurga mempunyai 8 tingkat kesemuanya..


1. Syurga Firdaus
2. Syurga 'Adn
3. Syurga Na'iim
4. Syurga Na'wa
5. Syurga Darussalam
6. Syurga Daarul Muaaqamah
7.Syurga Al- Muqqamul Amin
8. Syurga Khuldi



Jadi, berfikirlah kita sejenak ... Adekah kita mahu mengumpul amal-amal baik dan menetap di Syurga milik Allah SWT atau sebaliknya.. Semuenye terletak pade diri kita sendiri ..Selagi Hari Kiamat belom terjadi, selagi itulah Taubat kite diterima... Subhanallah! Masyaallah!! Betapa Allh mencintai dan menyayangi kita sebagai Hambanya... 

Olahan: CAHAYA PETUNJUK

No comments:

Post a Comment