Assalammualaikum

Diberi name sebagai Cahaya Petunjuk.. Terbuka pintu hati saya untuk menulis blog ini bagi mengingati diri saya sendiri dan juga saudara saudari sesama islam di luar sana...  Mungkin telah banyak blog2 mengenai Islamiah telah wujud , ini sekadar fahaman dan ingatan untuk diri saya sendiri..

Saya ingin perbaiki diri saya dari hari ke hari dari segi pemakaian, tutur kata, tingkah laku dan sebagainya.. Semoga niat saya ini Ikhlas kerana Allah dan Diredhai Allah..Diri ini terlalu daif dan sentiasa memerlukan Bimbingan dan teguran.. Dugaan dan Dugaan datang sentiasa , kadangkala menguji kesabaran hati ini.. Tetapi saya percaya bahawa Allah sentiasa ada untuk hamba2nya...

Dosa lampau membuatkan saya takut jika perubahan diri ini akan dipandang serong oleh kawan2 sekeliling.. Kadang2 saya juga terfikir, salahke seseorang itu ingin berubah ke arah Kebaikan dan ke arah yang diredhai Allah..  Terlalu banyak dose yang telah saya lakukan , masih ada peluang ke untuk saya berubah ?? masih ade peluang ke untuk saya mendampingi Allah... seterusnye membuktikan kepada semua bahawa saya bukanlah seperti dahulu...

Semoga Allah memberi saya kekuatan dan ketabahan hati untuk berubah ke arah yang diredhai-Nya... Amin...

No comments:

Post a Comment