Tahukah kita bahawa Allah amat menyayangi dan mencintai kita..Allah tidak pernah memberi kita sesuatu perkara itu melainkan untuk mnguji kesabara kita.... Allah telahpun menunjukkan beberapa bukti kepada kita bahawa Allah amat menyayangi dan mencintai kita sebagai hambanya ...
1. AGAMA & HIDAYAH
Allah telah menganugerahkan kita Agama sebagai panduan hidup kita di dunia ini... Allah juga telah memberi kita Hidayah agar kita lebih mengingatiNya tanpa lalai dan sentiaselah menginsafi diri...
2. MUSIBAH
Tahukah kita mengapa Allah memberi kita musibah di dunia ini? Musibah itu bukan sahaje untuk kita lalui dan tempuhi, tetapi ini kerana Allah ingin mendengar suara dan rayuan kita seterusnye membuktikan bahawa kita mengingatiNya..
3. NIKMAT
Allah telah memberi kita berbagai jenis nikmat di muka bumi ini... Tahukah kita mengapa Allah hanya memberikan nikmat yang sedikit untuk umat manusia di dunia ini?? Ini kerana Allah akan memberi nikmat yang tidak terhitung di akhirat kelak.. Masyaallah!
4. REDHA
Allah telah memberikan keredhaanNya kepada kita, dan seharusnye kita juga redha dengan segala yang telah diberikannya..
5. Sifat SABAR
Allah telah mengurniakan kepada kita sifat Sabar dalam diri untuk kita menempuh dugaan yang diberi.. Dan ketahuilah bahawa kita telah tergolong dalam golongan orang2 yang yang berjaya memupuk sifat sabar.
6.sifat IKHLAS
Allah telah mengurniakan kepada kita sifat IKHLAS..Sesungguhnya Allah ingin melihat kita Ikhlas kepadaNya.. Ikhlas dalam segalanya..
7. ILHAM
Allah memberi kita Ilham dalm diri kita..Ini kerana seseungguhnya Allah tersangat kasihkan kita sebagai hambaNya dan menunggu ucapan Syukur dan Pujian dari lidah kita ini...
8. SEDIH & DUKA
Allah telah mengurniakan kita Kesedihan Dan Kedukaan dalam kehidupan kita.. Untuk ape?? Sesungguhnya Allah amat Cintakan kita dan ingin melihat keimanan kita menempuh Sedih dan duka itu..
9. HARTA
Allah mengurniakan kita Harta kepada kita di dunia... Untuk ape?? Sesungguhnya harta diberi sebagai bukti Allah amat menyintai kita.. Jadi, janganlah sesekali kita takbur dan bakhil terhadap golongan fakir/golongan yang memerlukannya..
10. keadaan FAKIR
Allah mengurniakan keadaan yang Fakir kepada kita di dunia ini.. Jangan berduka tetapi ketahuilah..Allah Menyintai kita dan telah memberi kita sesuatu yang lebih bernilai daripada Harta Dunia...
11. LIDAH & HATI
Allah mengurniakan kita Lidah dan Hati, ini bukti bahawa Allah menyintai kita dan mengharapkan kita menggunakan keduanya ke arah Kebaikan dan Keikhlasan....Gunakanlah sebaiknya..
12. SOLAT, PUASA, AL-QURAN & BERJAGA MALAM
Allah memberi kita Solat, Puasa, Al-Quran dan Berjaga Malam..Ini kerana Allah tersangat Menyayangi kita dan mengharapkan kita sentiasa Mengamalkannya.. Jadi, janganlah sesekali kita memperendah dan mempermainkannya...
13. ISLAM
Allah mengurniakan Islam kepada kita dan bukan agama lain.. Ini telah menunjukkan bahawa Allah benar2 Menyayangi dan Mencintai kita... Subhanallah!! Janganlah kita berlaku Syirik dan Murtad..
Jadi wahai Sahabat dan Diri, Bukankah Allah telah menunjukkan bahawa Dia sememangnye Menyayangi dan Mencintai kita... Masihkah tidak kite sedari semua ini? Masyaallah... Terdapa banyak lagi bukti2 lain yang dapat kita lihat disekeliling kita... Apa yang pasti, pokok pangkal adelah diri kite sendiri.... Berfikir dan Renungkanlah sejenak ..... Wassalam...
Olahan: CAHAYA PETUNJUK

No comments:
Post a Comment