Check-Point Hidup Manusia

Tahukah semua tentang Check Point hidup kita sebagai Manusia di Muka Bumi Allah ini... Sudah pasti ada yang mengetahui dan ada yang tidak bukan?? Entry kali ini saya ingin Dedahkan Check-Point2 Kitaran Hidup kita sebagai Manusia yang diciptakan oleh Pencipta kita, Allah SWT... .

1. Permulaan Pertama kita adelah di ALAM ROH
Masihkah anda ingat "AKU JANJI" kita dengan sang pencipta kita yaitu Allah SWT.. Di mane Allah telah berfirman yang bermaksud : " Bukankah aku ini Tuhanmu?" , dan dengan yakin kita semua menjawab :" Benar (Engkau Tuhan Kami), kami menjadi saksi." ~ Surah al-A'raf 7 : 172~

2. Permulaan Kedue kite pula adalah di ALAM RAHIM
Rahim ibu adelah tempat yang paling selamat bagi manusia sebenarnye... Nyawa mula ditiupkan oleh Allah semasa bayi masih berada di dalam kandungan ibunya..

3. Permulaan kita sebagai manusia di DUNIA
Kelahiran kita di dunia tidak ubah seperti sebuah "Kenderaan" yang membawa kita, musafir ..Pelbagai permainan dunia telah kite lewati dan harungi...Isilah segenap Musafir ini dengan amalan dan bekal2 yang secukupnya untuk menyelamatkan kita menempuh Check -point yang lebih mencabar ...

4.  Permulaan kita menempuh SAKARATULMAUT
Wahai Manusia , jangan kita sangka apabila kita sudah terpisah nyawa dari jasad, ujian kita telah berakhir.. Silap jika kita bertanggapan begitu.. Ujian dikala SakaratulMaut ( nyawa sedang dipisahkan dari jasad) juga amat mencabar apabila iman dan kufur duji.

5. Permulaan menempuh alam KUBUR
Apabila terpisah sudah nyawa dari jasad.. Kita akan menghadapi kehidupan bersendirian tanpa teman menemani, terasing, sepi dan sunyi... Dan ini merupakan transit sementara menunggunya hari KIAMAT.. Di sini kita bakal diazab oleh Malaikat mengikut kesalahn yang telah kita lakukan di dunia.. Nauzubillah....

6. Permulaan dari TIUPAN SANGKAKALA yg PERTAMA
Tiupan pertama sangkakala akan mematikan semua makhluk ciptaan Allah kecuali Allah dan Malaikat Israfil... Digambarkan saat ini, tiada satu pun yang terselamat dan segalanya diibaratkan Padang Jarak, Padang Terkukur....Subhanallah!!

7. Permulaan dari TIUPAN SANGKAKALA yang KEDUA
Tiupan kedua akan ditiupkan oleh Malaikat Israfil , dan ini akna menghidupkan semula makhluk2 yang telah mati... Jangan sesekali kita sangka bahawa mayat yang telah hancur dimamah bumi dan usia dan tulang- temulang yang bersepah sana sini tidak mampu "dibangkitkan" semula..  Makhluk yang telah mati dari zaman Adam sehinggalah akhir zaman , semuanya akan "dibangkitkan"...

8. Permulaan AL-HASYAR (manusia dikumpulkan) 
Setelah semuanya Bangkit,  maka semua akan dihimpunkan di Padang MAHSYAR... Sepertimana pehimpunan jemaah haji yang kita pernah lihat, begitu jugalaj keadaannya di Padang Mahsyar nanti.. di sini pula, tersedia lagi pecahan-pecahan check-point untuk kita lalui dan rempuh iaitu:
  • SYAFAAT -  Manusia akan memohon syafaat daripada para Nabi , hingga akhirnya hanya Rasul Akhir Zaman sahaja yang mampu memberikan Syafaat itu.. Rasul tersebut ialah Rasul kita, Nabi Muhammad SAW....  bukankah di sini, kita mendapat keistimewaan sebagai umat Akhir Zaman..
  • PENYERAHAN KITA AMALAN - Kiri atau Kanan?? Pastinya ramai yang berdebar menunggu kitab amalan masing-masing... Di sini , kita akan melihat balik apa yang telah kita lakukan semasa kita di dunia ...
  • HISAB - Manusia akan dihisab , di sinilah manusia akan menanggung dan menjawab segala tanggungjawab setiap perbuatan dan aktiviti yang telah dilakukan di dunia.. Segalanya akan ditayangkan kembali ibarat menonton wayang di Panggung Wayang...Bersediakah kita??
  • MIZAN - Proses "Menakar" iman.. Maksudnya di sini segala kebaikan yang telah dilakukan walau hanya sebesar Biji Sawi juga akan ada nilanya menerusi neraca ini.. Begitu juga amalan buruk yang telah kita lakukan.. Inilah kecanggihan Mizan Ciptaan Allah dan tidak akan ada satu pun amalan yang terlepas daripadanya...
  • TELAGA (AL-HAUD) - Telaga Al Haud adalah telaga nabi.. dan Hanya insan yang terpilih dan bertuah sahaja mampu melegakan tekak meneguk air dari Telaga Nabi ini.. Jadi, jadikanlah diri kita ini insan yang terpilih itu..
9. Permulaan menghadapi TITIAN SIRAT
Setelah selesai Check-Point di atas, maka Titian Sirat wajib dilalui oleh semua Makhluk Allah.. Titian ini merupakan titian yang merentangi Neraka Jahanam.. Dan inilah satu-satunya jalan untuk menuju ke Syurga Allah.. Ketebalannya Titi ini diibaratkan lebih Tipis dari Rambut kita dan lebih Tajam daripada Pedang.. Titian Sirat ini lurus, tidak berbengkang-bengkok dan tidak jugak bercabang.. Percayalah, Orang2 KAFIR tidak akan ada satu pun yang berjaya melepasinya...

10. Permulaan untuk DESTINASI yang TERAKHIR..
Disinlah Permulaan dan Pengakhiran Destinasi Hidup Manusia, iaitu sameada di SYURGA atau di NERAKA... 
  • SYURGA - Tiada mata yang pernah melihat keindahannya, tiada telinga yang pernah mendengar butiran perinciannya. tiada kata-kata yang mampu mengungkapkan keindahannya, malah tiada 1 lukisan pun yang mampu mentafsirkan keadaanya...
  • NERAKA - Tiada kata dapat menggambarkan betapa peritnya Api di dalamnya.. Neraka merupakan seburuk-buruk Kediaman.. Apinya menjulang-julang marak , Panasnya jugak tidak mampu disukat.. Dan Bahan Bakar di dalamnye merupakan manusia2 KAFIR...
Inilah Check- Point Hidup Manusia yang harus kita ketahui ... Semuanya kini terletak pada kita sendiri samaada kita mahu DESTINASI terakhir kita di Syurga ataupun di Neraka.. Subhanallah!!

Diolah : CAHAYA PETUNJUK

No comments:

Post a Comment